April 19, 2011

Kayuhan Mengkal Karnival MTB 1 Batang Kali

Ahad lepas lebih 20 orang para pengayuh tegar dan ketagih Sutama Cyclo telah bangun awal dan meredah keheningan subuh membawa basikal masing-masing ke Bandar Sungai Buaya demi merebut kedudukan ngetop antara para pengayuh basikal gunung. Semua kelihatan ceria dan suka dapat melepaskan kemaruk berbasikal selepas sepanjang minggu membuat latihan keras siang dan malam demi mencapai tahap kecergasan maksimum.
Dan kira-kira pukul 8 pagi, maka para peserta pun memulakan kayuhan seperti lipas dikejar racun serangga, terus sahaja masuk laluan off road selepas 500 meter di atas tarmac. Menurut para pengayuh tegar dan ketagih Sutama Cyclo, trailnya memang sedap layan dengan pelbagai pengalaman laluan yang menarik - ada bukit, roller coaster, trek tunggal dan sebagainya.
Bagaimanapun, kayuhan ini mencapai antiklimaknya apabila para pengayuh gelombang pertamqa (1st wave) tiba di checkpoint pertama mereka dan mendapati, ia sebenarnya checkpoint ketiga. Ternyata, mereka telah tersalah laluan dan masing-masing kembali ke tempat permulaan sambil mengadakan tunjuk perasaan tanda protes. Maka gamat la situasi pada masa itu sehingga agak tegang la. Sian, yang jadi mangsanya penganjur menjadi tempat meluahkan rasa marah dan bengang yang amat itew - nampaknya, boleh tahan baran jugak la para pengayuh mtb ini. Huhuhu..jangan main-main.
Selepas kecoh dan perang mulut skit, maka dapat la jawapan. Siapa yang bersalah? Marshal-marshal juga yang salah sehingga ketua marshal terpaksa membuat permohonan maaf. Nanti dulu.
Betulkah marshal yang salah, atau penganjur yang tidak cekap sehingga harus dipersalahkan. Memang kesimpulannya sebelum ini, penganjur yang bersalah. Nasib la kan, acara sendiri siapa yang nak dipersalahkan lagi, kan.
Melihat dan menilai semula Karnival MTB 1 Batang Kali di Sungai Buaya pada Ahad, 17 April lalu, sewajarnya, para kaki tegar jamboree MTB seluruh Malaya merenung diri sendiri, bukan menuding kesalahan kepada pihak penganjur, terutamanya encik-encik marshal. Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukannya. Jadi ini merupakan pengajaran berguna kepada penganjur, terutamanya kepada peminat MTB yang suka berjamboree.
Sememangnya, perkara mudah adalah menuding kesalahan ke muka orang lain. Tapi selalu la beringat, bagi setiap telunjuk yang diarahkan ke orang lain, ada tiga jari yang menunjuk ke arah kita sendiri. Tak percaya, cuba la ye.
Ok, cuba kita perhatikan pandangan separa analisis ini, pada kebiasaan jamboree terdapat peserta yang terlalu advance tactical mereka akan memulakan kayuhan di depan garis permulaan, yakni di depan marshal perlumbaan. Tabiat "tactical wise" ini boleh dilihat pada jamboree di Jerai dan Bukit Merah tempoh hari, apabila kecerdikan mengatasi pertimbangan semangat kesukanan, dan sikap inilah yang merosakkan karnival di Sungai Buaya tempoh hari.
Sebelum peserta dilepaskan, penganjur sudah meminta supaya semua peserta mengikut belakang marshal sehingga ke suatu jarak tertentu sebelum mereka boleh membuat breakaway. Pastinya, masalah tersalah trail tidak akan berlaku seawal 500 meter pertama jika semua peserta berada di belakang marshal kerana tidak mungkin marshal melakukan kesilapan trail.
Apa yang didengar daripada perbualan-perbualan, sebelum peserta dilepaskan, terdapat sekumpulan peserta yang memiliki "tactical wise" telah membuat garis permulaan mereka sendiri, iaitu kat depan marshal perlumbaan dan mereka telah berlepas lebih awal di depan peserta yang berada di garis permulaan. Golongan tactical wise ini la yang membuat laluan sendiri apabila memasuki off road selepas 500 meter, dan apa lagi, 1st wave yang berada di belakang pun turut sama menyerbu laluan yang sebenarnya salah. Ya, kesilapannya bermula pada 500 meter pertama, dan apakah kita mahu terus menyalahkan penganjur dan marshal jika sudah ketara ada kelompok yang mendahului marshal seolah-olah mereka tahu dan yakin laluan yang akan digunakan!
Mungkin kita patut merenung kembali diri kita dan menilai, sikap bangga diri, semangat mahu menang, kesungguhan menghidupan MTB, keegoaan dan ketamakan yang sering bercampur-baur sehingga kita menjadi terlalu mementingkan diri sendiri. Betul la bak dikata, orang tamak selalu rugi dan sebab nila rosak susu sebelanga...fikir-fikirkanlah.
Barangkali penganjur ada silapnya - seperti yang didakwa - tidak menyediakan petugas atau memasang pita tanda laluan di simpang yang berlakunya kesilapan itu, tetapi sekali lagi dinyatakan, kesilapan tidak akan berlaku jika semua peserta mengikut arahan dengan berada di belakang dan mengikut marshal sehingga jarak yang ditetapkan sebelum membuat breakaway.
Mungkinkah kita berubah dan belajar - no komen!
Tentunya, terasa amat rugi tidak dapat merasai laluan 45 kilometer yang disediakan oleh penganjur, tetapi diharapkan suatu masa nanti dapat kembali untuk merasai trail yang dikatakan menarik - seperti yang didakwa oleh Le Ciff Zali dan pengayuh tegar, Hizam Chik dan Man Cosmix. Khabarnya, Haji Rahman pun layan gak trail ini. Caya la!
Kepada penganjur, As Sakinah, Bukit Sentosa dan SBCC, jangan takut lagi ye jadi penganjur. A good lesson, indeed!

 Muka-muka bengang yang pura-pura hepi...ahaksss
 Sesi fotografi menghiburkan diri sendiri.
 Mangsa kegeraman yang tidak terhingga sehingga Giant tersungkur ke bumi.
Pissttt...star rider sedang lalu. Tak sedar diri salah trail la.