Februari 03, 2011

Pengenalan

SUTAMACYCLO merupakan sekumpulan penggemar sukan berbasikal yang telah bergerak aktif hampir tiga tahun yang lalu.Pada 28hb November sekali lagi SUTAMACYCLO dengan persetujuan semua ahli yang telah melebihi 30 orang, maju setapak lagi untuk mendaftarkan SUTAMACYCLO sebagai sebuah persatuan basikal secara formal.Kami sedang berusaha dengan gigih untuk mendaftarkan persatuan ini dengan Kementerian Belia dan Sukan.


Tujuan ini adalah untuk melancarkan urusan aktiviti bagi ahli yang sedia ada serta bakal ahli SUTAMACYCLO.Tujuan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli Saujana Utama dan  kawasan sekitarnya dengan berbasikal.

Matlamat kami adalah untuk mengumpul lebih ramai ahli dari semua peringkat umur.Keahlian kami terdiri dari dewasa, remaja dan tidak ketinggalan juga ahli veteran. SUTAMACYCLO telah membuka keahlian kepada semua yang berminat dengan sukan berbasikal tidak kira sama ada basikal gunung ataupun basikal jalanraya.

Selama tiga tahun penubuhan SUTAMACYCLO, kami telah banyak menyertai MTB Jamboree di seluruh tanah air temasuklah NORTHRIDE Perlis, TRANSKRIAN Nibong Tebal, HAPPY to RIDE Ipoh, BURUNG HANTU RIDE Melaka serta PKNS JAMBOREE Bernam Jaya.Bukan setakat itu sahaja, pihak kami akan berusaha untuk pelbagaikan lagi aktiviti yang tersusun serta teratur supaya semua ahli dapat menikmati kelebihan semasa bersama dengan SUTAMACYCLO..

 




Tiada ulasan: