Januari 31, 2013

Jamboree pertama di kawasan Sungai Buloh!

Para peminat aktiviti luar rumah basikal gunung dijemput melayani trek di sekitar Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh pada 5 Mei 2013. Trek ini diklasifikasikan sesuai untuk pemula dan pertengahan menampilkan permukaan laluan bertar, jejak tunggal, jalan ladang, merentas sungai dan kawasan terbuka - pastikan anda membawa payung ye, buat teduhan masing-masing - sejauh lebih 40 km pasti menguja. Disifatkan tidak terlalu sukar, tetapi percayalah, skil anda di laluan tunggal dalam hutan akan diuji secukupnya nanti. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama meriahkan jamboree sulung Sutama Cyclo ini demi merancakkan pesada basikal gunung dan jalinan ukhuwah sesama pengayuh dan pencinta basikal gunung.

 
 
 

Jadi, jangan ketinggalan ok...nyesal kalau tak!

Januari 23, 2013

Pilihan desain jersi SC, terbaik!




Tak tau mana satu nak dipilih. Setiap pilihan ada kecantikan dan kemenarikan..hehehhh.
Apapun, members SC yang pakai mesti kelihatan gempaq dan mantap.
Jadi, tungguuuuu!