Januari 31, 2013

Jamboree pertama di kawasan Sungai Buloh!

Para peminat aktiviti luar rumah basikal gunung dijemput melayani trek di sekitar Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh pada 5 Mei 2013. Trek ini diklasifikasikan sesuai untuk pemula dan pertengahan menampilkan permukaan laluan bertar, jejak tunggal, jalan ladang, merentas sungai dan kawasan terbuka - pastikan anda membawa payung ye, buat teduhan masing-masing - sejauh lebih 40 km pasti menguja. Disifatkan tidak terlalu sukar, tetapi percayalah, skil anda di laluan tunggal dalam hutan akan diuji secukupnya nanti. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama meriahkan jamboree sulung Sutama Cyclo ini demi merancakkan pesada basikal gunung dan jalinan ukhuwah sesama pengayuh dan pencinta basikal gunung.

 
 
 

Jadi, jangan ketinggalan ok...nyesal kalau tak!

3 ulasan:

Unknown berkata...

Salam tuan,selalu training kayuh ktne ye?boleh join?-rahmad

Abu Aliff berkata...

wsalam. berkumpul di restoran maju ahmad pagi ahad pukul 7.30-8 pagi.

Tanpa Nama berkata...

Tarikh ditunda ke 19hb? boleh register lagi?