Mengenai Sutama Cyclo

SUTAMA CYCLO merupakan perkumpulan penggemar sukan berbasikal yang telah bergerak aktif sejak beberapa tahun lalu disertai oleh individu kejiranan di Saujana Utama, Sungai Buloh Country Resort, Seri Pristana dan juga sekitar Lembah Klang. Lebih bertujuan mengeratkan hubungan antara penggemar aktiviti berbasikal sebagai riadhah, Sutama Cyclo turut aktif menyertai Jamboree/Jamborace, ekspedisi berbasikal dan kayuhan kebajikan (Charity Ride) di seluruh Semenanjung Malaysia. Keahlian Sutama Cyclo terbuka kepada umum yang mempunyai minat terhadap aktiviti berbasikal dan turut menjadi forum bertukar-tukar pandangan seputar dunia basikal. Sutama Cyclo telah diasaskan secara rasmi pada November 2010 oleh sekumpulan kira-kira 30 peminat aktiviti berbasikal yang merasakan perlunya satu badan bagi menaungi kegiatan seputar berbasikal, selain berharap dapat melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan berbasikal pada masa depan, dan maka dengan itu lahirlah SUTAMA CYCLO (Persatuan Berbasikal Saujana Utama)