Februari 22, 2011
XPDC 2WD Lubuk Kawah
Selain rutin pagi Ahad di Ladang Elmina, Bukit Sayur ngan Bukit Ramli, hujung minggu lepas, Sutama Cyclo berkekuatan 20 pengayuh tegar telah menyahut cabaran menjejak laluan 4WD sejauh lebih 12 kilometer, bermula kat Tanjung Malim menuju Lubuk Kawah.
Laluan kategori medium boleh la tahan, tambah la pulak cuaca panas petang Sabtu, 19 Februari menyebabkan para pengayuh bermandi peluh sebelum berendam dalam air sungai, ada gak yang tertenggelam sendiri dalam sungai ditimpa berat basikal gunung..hehehe.
Apa pun memang tabik Jepun kat pengayuh Sutama Cyclo ni, tak kira yang muda atau lanjut usia, yang bersemangat meredah laluan pacuan empat roda. Difahamkan, para rider Sutama Cyclo merupakan geng gerek gunung tegar pertama yang mengatih di laluan begini. Hehehhh..kira dahsyat la tew.
Selepas biasa dengan Bukit Penat ngan Bukit KLCC di Ladang Elmina, para pengayuh macam bertemu buku ngan ruas apabila terpaksa menyorong beskal ketika memanjat bukit pacak dengan cerun mencapai 35 darjah dan laluan macam batas dan parit duk dalam longkang besar. Agaknya, mesti best kalau ada air...huhuhu.
Selepas penat berkayuh dan menolak gerek, tim akhirnya dapat mandi dan berendam dalam air terjun di Lubuk Kawah dan menjamu pula kambing dan ayam bakar sehingga tengah malam, sebelum tiduq dan kembali ke Tanjung Malim keesokan pagi. Apa pun, di bawah ni ada beberapa gambar untuk tatapan.
Pengayuh dua generasi. Hamzah bersaing dengan Azrul.
Man Kouma ngan Bull semasa melalui sebatang anak sungai. Tolak jangan tak tolak.
Cif Zali menolak beskal. Tuan punyanye yang kat belakang helmet senget....jiwa sedang kacau.
Yang ni Wapres Sutama Cyclo. Terpaksa tolak sebab tak dak lori atau Hilux yang lalu...hehehe.
Sesi mengangkat basikal semasa nak mendaki bukit pacak.
Cekodok ngan teh o panas untuk pengayuh yang kepenatan dan kelaparan.
Bull sedang bang azan menjelang Isyak.
Makan malam time...Presiden ngan Wapres bersaing makan.
Sesi sembang sambil makan kambing ngan ayam bakaq....perghhh memang terangkat wooo.
Macam hamster lak...sesi makan kuaci.
Mandi-manda sampai tak hengat nak balik rumah.
Sharil RHB menjalani rawatan terapi air...hilang penat ngan sakit badan.
Jurufoto sedang bekerja!
Yang cedera bercalar-balar kat tangan tu Saiful. Jatuh tergolek-golek semasa turun kat bukit pacak. Ini sudah serius...bang. Baju kuning tu Zam, baru gak tunjuk aksi terbang ke dalam semak atas sikit dari tempat Saiful tergolek dog.
Sekian. Buat geng Sutama Cyclo yang menguzurkan diri daripada menyertai 2WD Lubuk Kawah, rugi wooo. Kepada yang pergi dan berjaya kembali..tahniah tanpa hadiah ye. Lain kali kita jelajah trail 4WD lain la pulak. Meme ngetop layan laluan pacuan empat roda ni.
Februari 03, 2011
Pengenalan
SUTAMACYCLO merupakan sekumpulan penggemar sukan berbasikal yang telah bergerak aktif hampir tiga tahun yang lalu.Pada 28hb November sekali lagi SUTAMACYCLO dengan persetujuan semua ahli yang telah melebihi 30 orang, maju setapak lagi untuk mendaftarkan SUTAMACYCLO sebagai sebuah persatuan basikal secara formal.Kami sedang berusaha dengan gigih untuk mendaftarkan persatuan ini dengan Kementerian Belia dan Sukan.
Tujuan ini adalah untuk melancarkan urusan aktiviti bagi ahli yang sedia ada serta bakal ahli SUTAMACYCLO.Tujuan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli Saujana Utama dan kawasan sekitarnya dengan berbasikal.
Tujuan ini adalah untuk melancarkan urusan aktiviti bagi ahli yang sedia ada serta bakal ahli SUTAMACYCLO.Tujuan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli Saujana Utama dan kawasan sekitarnya dengan berbasikal.
Matlamat kami adalah untuk mengumpul lebih ramai ahli dari semua peringkat umur.Keahlian kami terdiri dari dewasa, remaja dan tidak ketinggalan juga ahli veteran. SUTAMACYCLO telah membuka keahlian kepada semua yang berminat dengan sukan berbasikal tidak kira sama ada basikal gunung ataupun basikal jalanraya.
Selama tiga tahun penubuhan SUTAMACYCLO, kami telah banyak menyertai MTB Jamboree di seluruh tanah air temasuklah NORTHRIDE Perlis, TRANSKRIAN Nibong Tebal, HAPPY to RIDE Ipoh, BURUNG HANTU RIDE Melaka serta PKNS JAMBOREE Bernam Jaya.Bukan setakat itu sahaja, pihak kami akan berusaha untuk pelbagaikan lagi aktiviti yang tersusun serta teratur supaya semua ahli dapat menikmati kelebihan semasa bersama dengan SUTAMACYCLO..
Langgan:
Catatan (Atom)