Februari 22, 2011
XPDC 2WD Lubuk Kawah
Selain rutin pagi Ahad di Ladang Elmina, Bukit Sayur ngan Bukit Ramli, hujung minggu lepas, Sutama Cyclo berkekuatan 20 pengayuh tegar telah menyahut cabaran menjejak laluan 4WD sejauh lebih 12 kilometer, bermula kat Tanjung Malim menuju Lubuk Kawah.
Laluan kategori medium boleh la tahan, tambah la pulak cuaca panas petang Sabtu, 19 Februari menyebabkan para pengayuh bermandi peluh sebelum berendam dalam air sungai, ada gak yang tertenggelam sendiri dalam sungai ditimpa berat basikal gunung..hehehe.
Apa pun memang tabik Jepun kat pengayuh Sutama Cyclo ni, tak kira yang muda atau lanjut usia, yang bersemangat meredah laluan pacuan empat roda. Difahamkan, para rider Sutama Cyclo merupakan geng gerek gunung tegar pertama yang mengatih di laluan begini. Hehehhh..kira dahsyat la tew.
Selepas biasa dengan Bukit Penat ngan Bukit KLCC di Ladang Elmina, para pengayuh macam bertemu buku ngan ruas apabila terpaksa menyorong beskal ketika memanjat bukit pacak dengan cerun mencapai 35 darjah dan laluan macam batas dan parit duk dalam longkang besar. Agaknya, mesti best kalau ada air...huhuhu.
Selepas penat berkayuh dan menolak gerek, tim akhirnya dapat mandi dan berendam dalam air terjun di Lubuk Kawah dan menjamu pula kambing dan ayam bakar sehingga tengah malam, sebelum tiduq dan kembali ke Tanjung Malim keesokan pagi. Apa pun, di bawah ni ada beberapa gambar untuk tatapan.
Pengayuh dua generasi. Hamzah bersaing dengan Azrul.
Man Kouma ngan Bull semasa melalui sebatang anak sungai. Tolak jangan tak tolak.
Cif Zali menolak beskal. Tuan punyanye yang kat belakang helmet senget....jiwa sedang kacau.
Yang ni Wapres Sutama Cyclo. Terpaksa tolak sebab tak dak lori atau Hilux yang lalu...hehehe.
Sesi mengangkat basikal semasa nak mendaki bukit pacak.
Cekodok ngan teh o panas untuk pengayuh yang kepenatan dan kelaparan.
Bull sedang bang azan menjelang Isyak.
Makan malam time...Presiden ngan Wapres bersaing makan.
Sesi sembang sambil makan kambing ngan ayam bakaq....perghhh memang terangkat wooo.
Macam hamster lak...sesi makan kuaci.
Mandi-manda sampai tak hengat nak balik rumah.
Sharil RHB menjalani rawatan terapi air...hilang penat ngan sakit badan.
Jurufoto sedang bekerja!
Yang cedera bercalar-balar kat tangan tu Saiful. Jatuh tergolek-golek semasa turun kat bukit pacak. Ini sudah serius...bang. Baju kuning tu Zam, baru gak tunjuk aksi terbang ke dalam semak atas sikit dari tempat Saiful tergolek dog.
Sekian. Buat geng Sutama Cyclo yang menguzurkan diri daripada menyertai 2WD Lubuk Kawah, rugi wooo. Kepada yang pergi dan berjaya kembali..tahniah tanpa hadiah ye. Lain kali kita jelajah trail 4WD lain la pulak. Meme ngetop layan laluan pacuan empat roda ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan