Para pengayuh Sutama Cyclo sekali lagi membuktikan kehebatan mereka - kehebatan taktikal dan tenaga zahir juga mental - apabila berjaya meredah banjir dan lopak air serta Bukit Merah nan tinggi pada jamboree versi teramai peserta -> khabarnya dapat pengiktirafan Malaysia Book of Record.
Itu la hasilnya latihan keras di dalam Ladang Elmina - mendaki dan menuruni enam bukit - membuahkan hasil apabila laluan jamboree kali ini ibarat makan kuaci - hobi cip Zali ialah makan kuaci- sebab masing-masing boleh habis dengan cemerlang, kecuali beberapa kes tertentu seperti tercalar sikit je. Tak ada kes balik naik lori atau hilux, atau pun pitam dan nampak batang sawit satu menjadi dua...wakakaka. Kalau Wapres Naim ngan Zul Sawit ikut, gerenti sejarah hitam depa tak berulang. Tak percaya, tanya brader Borhan, dia boleh kayuh sampai habis tanpa cramp kali ini..caya la lu.
Khabarnya riders champion aka Ali dan timbalan champion aka Shuk dan Azrul patut dapat nombor yang lagi baguih, tapi disebabkan kekelam kelibut penganjurnya, maka susunan kedudukan nombor peserta jadi berterabur....patetik!
Apapun kejayaan yang dicapai - sebahagian riders - sememangnya dibantu oleh kepintaran taktikal yang tiada tolok bandingnya - orang start di belakang garis mula, tapi depa start di depan garis mula, memang avant-garde riders Sutama Cyclo ni....huhuhu. Taktikal mengalahkan integriti!
Apapun memang syok juga la layan trail yang ni, sebab redah banjir. Biasa tolak basikal naik bukit, kali ini jem dan tolak basikal harung banjir paras pinggang. Mujur rider Hamzah tak terendam dalam air kali ini, sebab kali ini dia tolak basikal, bukan angkat basikal. Bagi riders yang biasa berkayuh di jalan raya, memang layan la jamboree ni, sebab boleh main speed macam lipas kudung, tapi ramai yang mengadu boring sebab tak dak uphill dan downhill yang menggegarkan kepala lutut - tak apa, lain kali kita cari jamboree yang banyak panjat dan turun bukit ye...kita kayuh sampai batang sawit nampak tiga atau empat la pulak.
Cuma nak gak nengok semua ahli kelab pakai jersi rasmi warna kuning kolar putih tu...hemmm. Tak dak alasan kalau tak pakai walaupun ada yang mendakwa jersi tak lawa macam c....tuttttt.
---> penganjur jamboree ini, belajar la daripada kelemahan dan kekurangan yang ketara terutamanya masalah garis permulaan dan masa garis penamat dan juga perihal riders yang tersesat barat serta bantuan kecemasan bila berlaku kemalangan, soal keselamatan trek juga - kalau hangpa nak anjur jamboree lagi pada masa mendatang la.
Sekian, kita berjumpa lagi di edisi jamboree lain!
Ni beberapa keping gambar yang dirakam oleh jurugambar kancing Sutama Cyclo untuk tatapan.
Mac 29, 2011
Mac 24, 2011
Sutama Cyclo di Malaysian Golden Jamboree Bukit Merah
Selamat bertarung hingga titik peluh terakhir kepada kira-kira 33 geng Sutama Cyclo yang menyatakan komitmen untuk menakluk laluan MTB di Bukit Merah pada 27 Mac ini. Kita Kayuh, Kita Takluk; Penat bukan kecundang, kita kayuh sampai pitam. Kalau pitam juga, kita tiduq dulu tepi trail ye..jangan kena lenyek roda gerek orang lain, cukup. Buat persiapan rapi, pastikan basikal, fizikal dan mental berada dalam keadaan ngetop, bawa ubat cramp dan ubat luka, juga power stick, coklat, air minum dan pisang yang cukup. Boleh berkelah di tepi trail kalau rasa malas nak kayuh atau tolak gerek...hehehe.
Kepada pengayuh star Sutama Cyclo, jangan hampakan team, okay. Nombor mahu bagus. Kepada yang tak star tu, ingat-ingat la, jangan memalukan team dan jersi kuning...opssss. Kayuh sampai pitam dan batang kelapa sawit satu menjadi dua sekalipun, naik lori atau hilux jangan sekali....huhuhu
Kepada pengayuh star Sutama Cyclo, jangan hampakan team, okay. Nombor mahu bagus. Kepada yang tak star tu, ingat-ingat la, jangan memalukan team dan jersi kuning...opssss. Kayuh sampai pitam dan batang kelapa sawit satu menjadi dua sekalipun, naik lori atau hilux jangan sekali....huhuhu
Sutama Cyclo di Santai.
Emmm...glamor la pulak bila muka masing-masing keluar dalam majalah Santai yang menghidang ceritera penjelajahan pertama geng Sutama Cyclo menakluki laluan 4WD Lubuk Kawah pada cuti tahun baru Cina dulu. Ala-ala macam cerita pelaut Eropah menjelajah dunia/benua baru la pulak yer. Kepada geng Sutama yang terpampang dalam majalah itu, sila dapat naskhah anda di kedai-kedai berhampiran. Lepas tu boleh laminate dan buat frame...ahaksss. Lain kali kita teroka laluan lain dengan 2WR. Pissttt..gambar cover depan pompuan ala Marylyn Monroe tu tak dak kaitan dengan Sutama Cyclo ye...hehehe. Jangan terkonfius.
Yang berbaju jersi rasmi Sutama Cyclo berdiri kat depan dengan senyum manisnya ialah WaPres. Pengayuh tahap belum cukup tegar ni..hehehe. Apa pun, gambar yang ditunjukkan dalam majalah ini bukan la keadaan yang sebenarnya, sebab...laluannya jauh lebih teruk dan menginsafkan. Yang tunjuk dalam majalah tu memang yang molek-molek belaka supaya tidak ada yang cuak kalau hendak berbasikal ke Lebuh Kawah. Kalau nak tau thrillnya, baca la posting dalam blog ini sebelum ini.
Langgan:
Catatan (Atom)