Selamat bertarung hingga titik peluh terakhir kepada kira-kira 33 geng Sutama Cyclo yang menyatakan komitmen untuk menakluk laluan MTB di Bukit Merah pada 27 Mac ini. Kita Kayuh, Kita Takluk; Penat bukan kecundang, kita kayuh sampai pitam. Kalau pitam juga, kita tiduq dulu tepi trail ye..jangan kena lenyek roda gerek orang lain, cukup. Buat persiapan rapi, pastikan basikal, fizikal dan mental berada dalam keadaan ngetop, bawa ubat cramp dan ubat luka, juga power stick, coklat, air minum dan pisang yang cukup. Boleh berkelah di tepi trail kalau rasa malas nak kayuh atau tolak gerek...hehehe.
Kepada pengayuh star Sutama Cyclo, jangan hampakan team, okay. Nombor mahu bagus. Kepada yang tak star tu, ingat-ingat la, jangan memalukan team dan jersi kuning...opssss. Kayuh sampai pitam dan batang kelapa sawit satu menjadi dua sekalipun, naik lori atau hilux jangan sekali....huhuhu
1 ulasan:
SELAMAT BERKAYUH KAWAN2 DI JAMBOREE BUKIT MERAH NNT.....SEMOGA BERJAYA DGN KAYUH MASING2....AKU DAPAT RASAKAN PENGAYUH2 MUDA KITA (ADAM, AZRUL, UDIN, TAM, AMIRUL, HARIZ, SHAKIR DAN BEBERAPA ORG LAGI) MAMPU MENGHABISKAN KAYUH DGN NOMBOR YG LEBIH BAIK, MELALUI PEMERHATIAN AKU MEREKA DH MULA MENGUASAI TEKNIK KAYUHAN DENGAN BAIK, CUMA SKG NI NK MENGUASAI STAMINA DAN TEKNIK KAYUHAN ENDURANCE JE....PADA RAKAN2 YG LAIN KITA BERJUANG UNTUK KEPUASAN DIRI SENDIRI......
Catat Ulasan