Ni nak citer skit pasal hari Ahad lepas, walaupun mungkin tak la sehebat laluan di Elmina, jelajah bukit Puncak Alam yang diterajui member gerek Puncak Alam Cycling Club boleh la dianggap mencabar. Mencabar sebab di laluan baru yang ketinggiannya lebih 173 meter - ikut bacaan GPS pencatat ni la.
Tambah mencabar lagi apabila laluan agak licin sebab hujan lebab sebelah malam dan laluannya tidak mesra pengguna berbanding kebanyakan laluan di Elmina. Apa pun tabik buat semua pengayuh yang menguji kelasakan dan ketegaran masing-masing demi menyempurnakan kayuhan sampai ke titik paling atas. Malangnya, tidak ada pemandangan yang luas mata memandang sebab cuaca berkabus.
Laluan turun pun kira menarik gak..single track yang penuh semak, malah ada laluan yang hanya diliputi lalang. Kira pengalaman baru la jugak tetapi, itulah maknanya cabaran dan keseronokan. Kalau tak dikayuh gereknya, mana nak dapat rasa pengalamannya, kan Shuk (Bekas Timbalan Campion..hehehe. Mesti bengang beliau).
Bagaimanapun kayuhan yang sepatutnya diakhiri dengan mendaki laluan Bukit Ramli tidak kesampaian apabila ramai yang memutuskan untuk menamatkan kayuhan lebih awal - alasan nak beraya. Kira okay la daripada tidak berkayuh atau buat laluan sendiri tak nak ikut grup. Next time mungkin boleh try kayuh sampai ke puncak Bukit Ramli, boleh tambah kalori yang dibakar dan kurangkan lagi lemak di badan.
Kepada member gerek di Puncak Alam, terima kasih menjadi tuan rumah kepada Sutama Cyclo. Lain hari, mai la datang Elmina pulak, boleh Hizam Chik tunjuk jalannya. Kita kayuh sampai jarak 40 kilometer..ada bran ke? Apa pun, memang layan gak kayuhan Ahad lepas yang dikenali sebagai kayuhan kikis lemak. Menolak sama banyak ngan ngayuh...apa citer ye.
Muka masih belum habis angin ni. 145 meter di atas paras laut. Sikit lagi nak sampai puncak.
Ali Campion main tipu. Ada ka naik motor!
Apa hal lak Mat Pink ni...huhuhu
Tolak jangan tak tolak. Ni beberapa meter lagi nak sampai ke ketinggian 173 meter. Pakkur yang tegar pun tolak..apa cer
Dalam semak kami berkumpul...huhuhu.
1 ulasan:
he he he
Catat Ulasan