Pada 30 Oktober lalu SC berpeluang menyertai kira-kira 2226 orang riders (kata penganjur) dalam acara yang dinanti-nantikan dalam kalendar jamboree basikal bukit 2011. Malah SC telah menjadi kumpulan terawal menempah slot penyertaan berikutan rasa teruja dan rekemen pelbagai pihak bahawa jamboree Kuale antara yang paling best dan mantap penganjurannya dan treknya juga layan.
Malah, penyertaan SC kali ini merupakan yang paling ramai dan dimeriahkan oleh beberapa star riders (mcm Ali K atau Ali Champion), termasuk rising star (macam Tok Sami ngan Pakkur..hehehhhh. kena puji skit usaha keras mereka) bagi membuktikan latihan keras setiap hujung minggu benar-benar berbaloi. Sebagai peminat basikal bukit dan aktiviti jamboree, pasti Kuale 2011 ini merupakan suatu yang dinanti dan direbut untuk disertai. Memang, setengah-setengah bahagian treknya begitu menguja dilalui terutamanya laluan single trek di kebun getah.
Apapun, pada keseluruhannya penyertaan SC di jamboree ini, macam indah khabar daripada rupa (tak sampai hati lagi nak kata macam haram) - selepas menilai keseluruhan trek, pengurusan jamboree - cacat-celanya terlalu besar untuk ditutup atau diselami dengan nota pujian. Catatan ini barangkali tidak adil atau berat sebelah, tetapi semudah-mudah perkara seperti penyediaan air di stesen air telah terlihat gagal, lantas, apakah pujian yang mahu diberikan. Bayangkan stesen air kedua hanya tinggal kotak dan botol air yang bersepah tanpa airnya. Cuba bayangkan para riders yang sudah terbakar tekak dek memanjat sekian banyak bukit apabila melihat air dan petugas pun tak nampak bulu hidungnya. Demikian juga halnya di stesen air keempat yang sepatutnya menghidangkan air suntonic, apabila sebahagian besar riders hanya mendapati hanya tinggal lori, tanpa air!
Bagi para riders yang menyertai Kayuhan Kaule Bandar Diraja 2011, sudah pastinya mengharapkan yang terbaik daripada penganjur yang pernah melakukan edisi terdahulu dengan baik dan jayanya. Barangkali, untuk menjadi menjadi pengajaran, ia sudah gagal apabila terlampau besar kecacatan yang berlaku. Bayangkan jika ada peserta yang tidak mengikuti sepenuhnya track dan tidak mendapat sticker penuh boleh mendapat kedudukan/nombor yang lebih baik berbanding orang yang berkayuh sepenuh hati untuk melengkapkan kayuhan. Layakkah peserta seperti ini mendapat nombor kedudukan? Memang tujuan kayuhan ini antara lainnya untuk berseronok dan menambah pengalaman, tetapi jika perkara seperti pemberian nombor kedudukan kepada peserta berlaku kecacatan yang melata, apakah ia sesuatu yang munasabah? Seronok berkayuh memang nak, tapi pengurusannya, janganlah macam hampas! Cuba bayangkan jika ada peserta diberikan kedudukan 2200 daripada 2226 peserta sedangkan sekian ramai peserta lain menamatkan kayuhan tanpa sticker penuh (dan chicken loop) dan masih beratus-ratus lagi peserta yang belum menamatkan kayuhan. Juga pada masa yang sama, ada peserta yang tiba pada masa yang sama mendapat kedudukan seribu lebih.
Tentunya, kecacatan seperti ini tidak sewajarnya berlaku dan dilakukan oleh penganjur yang mempunyai pengalaman. Berpengalaman tau! Bukan mentah dan hingusan.
Kita tidak bermaksud mahu memburukkkan atau menyalahkan pihak penganjur yang bekerja keras, tetapi sekurang-kurangnya, mereka sudah ada pengalaman, demikian juga sudah ada penganjuran jamboree-jamboree terdahulu di seluruh Malaya yang berjaya dilakukan dengan baik, walaupun tidak sempurna seratus-peratus (boleh dijadikan pengajaran dan ukuran), tetapi kesilapan dan kecacatannya masih boleh diterima dan dimaafkan.
Tanpa ragu juga mahu mengatakan bahawa track yang dipilih sebenarnya terlalu mendera walaupun mungkin bagi sebahagian, ia tidak bermasalah, tetapi harus diingat, jamboree bukan perlumbaan dalam erti kata sebenar kerana penyertaan terdiri daripada pelbagai lapisan dan kelompok dan pasti di jamboree Kuale 2011, kebanyakannya adalah pengayuh sosial yang tujuannya untuk merasai keseronokan berbasikal bukit. Malangnya, track yang disediakan amat sesuai untuk pengayuh tegar.
Tentunya, siapa menduga penganjur akan menyediakan 8 atau sembilan bukit yang tingginya lebih 100 meter dengan puncak paling tinggi hampir 200 meter serta pendakian menegak dan pastinya bagi kebanyakan pengayuh dengan keupayaan kudrat yang terhad menghadapi masalah untuk menamatkan kayuhan. Jadi, ramai yang dilaporkan mengambil jalan mudah (terutamanya peserta tempatan) menggunakan Chicken Loop) dan yang bagusnya, dapat pula nombor kedudukan. Kedudukan yang baik pula tu..hebat!
Tentunya, kata-kata pengacara majlis sebelum perlumbaan bahawa track yang disediakan amat riderable terngiang di telinga sepanjang kayuhan kerana dia mengulangi kata-kata "boleh kayuh" beberapa kali. Jika track tersebutlah yang didefinisikan sebagai "boleh kayuh", maka ramailah peminat basikal gunung yang akan gantung basikal. Pastinya, dengan kecacatan yang dilalui, maka tidak adalah singgahan di Kuala Kangsar pada masa mendatang untuk menyertai edisi seterusnya Kayuhan Kuale Bandar Diraja.
Catatan ini mungkin penuh emosi, tetapi kedatangan para peserta untuk jamboree ini disebabkan reputasi baik penganjuran terdahulu. Juga kata-kata tidak puas hati bukan sekadar dalam blog ini. Cuba telusuri ruang sembang maya lain yang berkait dengan Kayuhan Kuale 2011, tidak kurangnya memperkatakan perihal kegagalan mutlak jamboree ini, juga menjadi luahan rasa marah dan puas hati mereka.
Kalau nak cerita semua kecacatan atau rasa tidak puas hati, laman blog ini rasanya tidak cukup, bak kata orang sehari semalam nak cerita pun tak habis. Kalau duk sembang kat kedai mamak pun boleh bertempik sambil hentak meja pun tak tentu puas hati.
Barangkali, ia merupakan pengajaran kepada penganjur tetapi sayugia dinyatakan, ia sudah terlambat. Bagi sesiapa yang mahu menganjurkan jamboree, boleh la jadikan Kayuhan Kuale 2011 ini sebagai penanda aras - maksudnya, penanda aras paling bawah penganjuran jamboree.
Apapun, masalah pada jamboree ini, semangat We Ride We Conquer tetap membara ;-)
Nyonya fotografer tak rasmi jamboree.
Sebahagian 2226 peserta kebanggaan penganjur.
Tepi sawah memang tempat terbaik berposing kan.
Mempertaruhkan kudrat menaiki bukit yang entah berapa banyak tu.
Yang terjatuh dan terduduk pun ada.
Apa ada di balik pokok
Kesesakan di track yang berlumpur.
* Kredit foto untuk Akmarul Nizam Misbah
1 ulasan:
apa yg trjadi kat jamboree kuale mmg sah penganjur nk kutip duit ja...lps tu lantak kau org lah...nak abis kayuh ke...nk shortcut ke...dia org dh pegang 'duit untung'....anjur jamboree basikal dh jadi bisness baru yg amat untung...hanya kita ja tak halusi...kutip m50....kasi baju/jersi/beg plastik/cecair isotonic dgn botol..cukup lahh..org akan mula mnejauhkan jamboree...trek yg dihidang mmg konsep 'lantak kau org lah nak abis ke tak'....dari itulbh baik kayuh kelompok sendiri dan happy....nk tayang basikal pun dh org tak pandang sbb semua letih...dh tak peduli basikal sapa mahal...sapa murah...letak bersepah-sepah jaa.....sekarang tengok mood org brkayuh makin pudar...bz keja kot....atau 'dah tak ada gang'....
Catat Ulasan